4.17.2010

i mengilai sudoku..

Sekarang i mmg tengah addited giler dengan permainan sudoku.. betul weyyyyy...

i bole menghadap berjam-jam permainan ni.. kadang-kadang main game ni sampai pagi , dah nak tido pun teringat-ingat lagi game ni, pernah sekali tu dah nak tido tapi still nak setelkan permainan ni bukak lampu balik main sampai subuh.. haha terok betul ni..

Sebenarnya permainan ni berasal dari jepun, hak cipta rasmi NIKOLI Co. Ltd dari jepun.. kalau kita tengok nama permainan ni pun ( SUDOKU ) bole tau permainan ni asal dari mana kan...?? tapi ada orang eropah mendakwa yang permainan ni asal dari negara mereka dan menuduh org jepun mencuri idea mereka..tapi tapi tapi (ayat kepoh), ada jugak teori yang mengatakan permainan sudoku atau assuduk berasal daripada Bahasa Arab. Perkataan ni berasal daripada gabungan sin, dal, kaf yang membawa makna susun. tapi mengikut instinc i, i pasti memang asal dari jepun lah..

Dalam bahasa jepun SU bermaksud angka manakala DOKU bermaksud sendiri.. bila combine SUDOKU bermaksud angka sendiri .. cara permainan dia pun memag kena carik angka sendiri.. cara permainan dia nampak memang mudah tapi pening jugak bila tak dapat setelkan.. huh

Dalam permainan sudoku, seseorang itu dikehendaki menyusun angka 1 hingga 9 dalam 81 petak yang disediakan. Dalam permainan ini, setiap angka 1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9 mesti ada dalam setiap baris sama ada menegak atau melintang.

In other words, dalam permainan sudoku terdapat 27 susunan angka yang terdiri daripada angka 1 hingga 9 dalam bentuk menegak, melintang dan dalam setiap petak (3 x 3). Setiap angka dalam sesuatu baris tak boleh sama which meant setiap nombor mesti ada satu sahaja nombor tak boleh dua nombor yang sama dalam setiap baris. Begitu juga dalam setiap petak (3 x 3). faham x.. faham x..

kelebihan yang i rasa kita boleh dapat dalam permainan ni

1. minda kita semakin cergas .. ye la sentiasa berfikir selesaikan masalah je kan.. :)
2. Kecekapan daya menganalisa sesuatau bertambah
3. tak buang masa dengan benda-benda tak berfaedah seperti ngorat awek/balak ke.. layan blue ke.. (x bagus semua ni hehe).

so sapa-sapa nak main secara online pun bole.. bukan je laman web ni- (http://www.websudoku.com/) sure best.. so good luck semua.. :)





ni contoh permainan dia..


buku ni i beli kat popular je.. baru rm4.90.. sapa ckp x mampu beli mmg la i nak piat telinga dia.. hehe

No comments: