8.12.2010

KOSONG KAN

duduk dalam ruang gelap..
aku tak mahu tunjuk aku lemah..
aku pretend semua akan ok..
aku tipu diri aku sendiri..
sebulan di kuala lumpur buat diri aku sakit..
sakit memikirkan soal wang.. ye wang.. yang memang ternyata sebenarnya memberi kebahagiaan..
aku sakit..
mujur urat darah aku masih boleh mengalir sempurna..
belum disekat oleh sesiapa..
aku gunakan urat darah yang masih bersisa untuk meneruskan hidup..
ye aku tahu aku masih boleh meneruskan hidup..
tanpa orang yang aku sayang disisi..
jauh..
aku mahu rasa hangat badannya..
aku mahu suhu badannya menhangatkan aku yang sejuk disini..
dia yang banyak mengajar aku tentang apa yang aku perlu buat untuk meneruskan hidup..

aku mahukan dia lagi..
masih mahu..
tapi aku tahu jika aku teruskan aku lesu..

klise yang terjadi buat aku benar-benar rungsing..
malam hari bila aku bersorangan aku menagis..
menangis memikirkan mampukah aku hidup tanpa dia?
mampukah aku meneruskan hidup tanpa suara yang memanggil namaku..
mampukah aku menghangatkan tubuh sendiri dengan selimut tebal..
mungkin aku terlalu ego..
bukan..
aku bukan ego..
aku punya malu yang teramat tinggi..
aku mahu dia yang meminta maaf atas semua kesalahan aku..
makhluk jenis apa aku ni?

sebulan dikuala lumpur..
aku habiskan waktu aku di rumah saudara..
saudara seibu..
aku tak mampu berhora hore atau mungkin aku masih menunggu dia..
atau mungkin aku masih belum nampak cahaya..
mungkin dia rasa aku gembira..
bukan itu jawapannya..

aku selalu ingatkan dia..
perempuan lain..
lelaki lain..
perempuan jika mahukan yang itu..
itulah dia nak..
mungkin aku kurang menunjukan yang aku sebenarnya ekcited bila bersama dia..
tapi percayalah.. setiap detik dan masa.. nama dia yang aku puja..
yang aku nantikan waktu bersama dia..
yang aku bibitkan setiap inci seluruh benak ku hanya untuk dia..
yang aku bodohkan diri aku untuk dia..
nama dia..
nama dia kawan... nama dia..
nama siapa lagi kalau bukan dia

tapi jika betul aku dibuang..
apa yang aku perlu katakan lagi..
aku hanya perlu meneruskan hidup yang tersisa..
akan aku nantikan..
kerana aku fikir cinta itu damai..
boleh buat aku menari di awan..
aku masih mahu menari diawan..
tapi jika aku berhenti menari hari ini..
aku kena berehat lama sebab pingang aku lenguh sangat..