5.08.2010

kau lah pelita yang menerangi hidup ku.. tanpamu hidup tak bererti.....


tadi i tengok trailer BELUKAR, bila i tengok-tengok dephne iking tu i terus cakap kat mama yang muka dephne iking tu ada iras-iras muka mama, mama pun apa lagi kembang la.. tapi memang betul lah, bukan sebab nak mintak duet belanja lebih ke apa, i ni senang je, kalau i ckp selalunya ikhlas, jadi sila percaya yang muka mama i masa muda-muda mcm dephne iking, ini serious.

Sempena mother's day ni, takde apa-apa yang istimewa pun yang i akan buat, serious fuck i memang tengah muflis dan mengharapkan duet dari mama je, so buat apa nak celebrate pakai duet dia, cuma ucapan dan doa je i bagi kat mama, cukup lah dia tau yang i sayang dia sangat-sangat dan dialah segala-galanya bagi i, kalau tak de dia i x tau lah apa akan jadi, to mama: sabar sikit ye aunty, nnt bila i dah besar sikit, ada duet sikit, dah kaya sikit i buat benda sweet-sweet kat u sampai u rasa nak bagi tau kat makcik meah kasi dia jelous hahaha..

Dari kecik mama lah orang yang back up i and adik beradik, papa time i kecik-kecik dulu garang, tapi i jarang lah kena pukul... kalau kena marah tiap-tiap hari laaa, so bila i kena marah mama la yang back up, kakak i buli i, mama jugak yang back up, dah besar sikit, bila hormon-hormon gatal dah ada, mama jugak yang kena dengar cerita-cerita cinta monyet i, kalau pasal duet tu tak payah cakap lah, nak mintak papa memang susah sebab mesti kena melalui beberapa soalan power dari dia, so mama jugak mangsa, so hidup i memang penuh nama mama, apa saja yang berkaitan dengan diri i mesti ada nama mama, so no wonder kenapa i sayang mama sangat-sangat, kalau takde dia, i tak tahu lah macam mana i hidup, sesiapa yang rapat dengan i mesti tau punya i dengan mama macam mana. Jamliyah Bt Tamam memang tak ada ganti, super sexiest and charming lady, cuma 1 je, mama kalau ambek gambar nak gaya ambek gambar pasport.. aduh...




No comments: