4.20.2010

feng shui bilik tidur

Tak lama lagi i akan pindah JB untuk start my new life, i kena carik rumah sewa sandiri or mayb bilik untuk i jadikan privacy room i. i x ushar lagi pun kat mana, tapi i dah plan sikit-sikit dah nak beli apa or decorate macam mana.

Oleh kerana itu i telah pun membuat research pasal bilik tidur yang ideal untuk memberi semangat. i juga percaya bahawa FENG SHUI boleh tolong i untuk dapat bilik yang bagus.

langkah-langkah yang baik akan dishare bersama dengan anda semua :)



first step untuk dapat bilik yang bagus ialah cari saiz bilik. Jangan terlalu luas dan jangan terlalu sempit. if luas sangat susah nak jaga, if sempit sangat pulak bilik akan menjadi limit untuk menjadi private place. I prefer master bedroom untuk i sebab i ni demand sikit. Kalau boleh i memang nak bilik yang perfect sebab macam-macam i nak buat dengan bilik i sendiri ( siapa tak nak kan??) tapi i kena tengok finance i jugak, untuk permulaan mayb i ambek bilik yang middle je hehe..

Second step i kena cari katil yang sesuai dengan i. Memandangkan i tidur sorang-sorang i prefer beli single bedroom jer. Senang, nak cari bed sheet pun tak mahal sangat and kemas pun tak payah banyak-banyak (berdasarkan tahap kemalasan i sama dengan kerbau). Kedudukan katil juga mestilah sesuai, mengikut FENG SHUI, katil biasanya paling sesuai diletak ditengah-tengah bilik untuk melahirkan rasa balance dalam hidup. Tapi memandangkan i akan beli single bedroom, i akan letak katil i menyerap ke dinding dan paling penting bahagian kepala katil i jangan menghadap ke arah tingkap, paling pantang dalam FENG SHUI sebab matahari akan menyerap tenaga baik kita.

third step i kena pikir warna apa yang sesuai dengan i, mengikut feng shui warna merah boleh membangkitkan kegairahan dan juga semagat untuk melakukan apa-apa kerja. Ni macam psycology jugak la.. bila celik mata bangun tidur, nampak je color merah terus segar and lepas tu mesti bersemangat buat kerja. ada jugak color2 yang bagus untuk bilik seperti purple, pink dan orange yang berunsur api. unsur air pun bagus jugak untuk kesihatan, color yang bagus untuk bilik tidur ialah biru, hijau dan juga coklat. hitam tak digalakan sebab hitam akan menjadikan mood suram. Ada jugak plan nak cat bilik color hitam, tapi tak elok, jadi cancle lah. mungkin i akan cat bilik i color purple atau merah. :)

next, i memikirkan dekorasi-dekorasi cantik untuk bilik i, yang paling penting gambar-gambar i bersama dengan orang yang i sayang seperti mak, bapak, kakak adik dan jugak boyfrien hehe.. dekorasi tu nanti akan di gantung di depan katil. Dalam psycology, bila kita celik mata tengok orang-orang yang kita sayang, mood happy akan bangkit dan kita akan bertenaga dalam buat apa saja bila kita happy. Elak dari meletak art-art yang melambangkan keganasan atau kepahitan hidup. boleh effect mood. Elakan jugak letak cermin di depan katil kita, kalau ikut logik akal, betul jugak tak best letak cermin depan katil, ye la, bila bangun tidur muka kita semua bukan macam Catherine Zeta-Jones, kang bangun tidur tengok muka kita sememeh, air liur basi dah kering, rambut macam zombi, lemak kat perut, benda tu semua akan menjejaskan mood kita. betul tak? betul tak? jadi cermin besar akan i letak belakang pintu jadi takan nampak muka, badan dan rambut i bila bangun tidur.

fifth step, if nak kan aroma yang best untuk bilik, mesti letak aroma terapi, aroma terapi bukan saja dapat buat bilik kita wangi, benda tu jugak dapat menenangkan fikiran kita selepas penat bekerja 1 hari. Lagi satu, kita jangan bawak kerja kita dalam bilik, hindari bawak dokumen-dokumen pasal kerja, leptop, tv dan benda-benda yang boleh semakan kepala kita untuk mendapat tidur yang bagus. Kalau letak aroma terapi setiap penjuru bilik pun kalau kita bawak kerja masuk bilik tidur benda tu akan effect jugak sedikit sebanyak. disarankan jangan membawa sebarang benda yang boleh mendatangkan stress dalam bilik. Paling mujarab letak lilin yang ada aroma terapi di sebelah katil untuk menaikan mood yang best untuk diri kita sendiri.

Dan yang terakhir, tips untuk mendapat bilik yang bagus, try letak barang yang simple-simple dalam bilik, jangan serabutkan bilik dengan macam-macam benda, cuba bayangkan, if banyak sangat benda dalam bilik, bila time nak kemas bilik akan hilang mood sebab banyak sangat barang yang nak dikemas. Bila banyak sangat barang, habuk pun banyak, jadi bilik akan berhabuk dan akan mendatangkan banyak masalah kesihatan. Selalu anginkan bilik untuk mendapat pengudaraan yang bagus untuk bilik, bukak tingkap bila kita keluar rumah, tapi make sure tingkap bilik mesti ada jeriji kalau tak habislah pencuri masuk. Elakan jugak letak kipas pusing atau lampu chandelier kat atas kepala kita, lagi bagus jika katil ada penghadang atas kepala macam katil-katil raja yang macam bumbung bagi mengelakan perasaan takut atau perasaan was-was yang boleh menyusahkan hati bila tengok kipas pusing laju sangat. effect jugak tu hehe. Dan yang terpaling penting sekali, bila tidur make sure tutup pintu bilik bagi mengelakan bunyi bising, ganguan luar dan juga boleh membantu bila rumah diceroboh.

mungkin bilik i akan jadi macam ni



or mungkin macam ni



mungkin jugak macam ni







yang ni pun best









tapi jangan lah macam ni.. disaster :( dah pernah ada bilik macam ni hahahahaha


No comments: